* Uncang Teh Yang Telah Digunakan
- Lekapkan 2 uncang teh yang sudah digunakan pada kedua-dua belah mata selama 12 minit. Amalkan selalu supaya mata sentiasa segar dan bersinar.
* Hirisan Timun
- Lekapkan hirisan timun segar pada kedua-dua belah mata. Biarkan selama 20 minit sambil anda berbaring.
* Lidah Buaya
- Keluarkan lendir dari beberapa batang daun lidah buaya. Sapukan pada kedua-dua kelopak mata dan pejamkan mata kira-kira 35 minit. Selepas itu, cucilah kelopak mata anda.
* Sireh Muda
- Untuk menyegarkan mata gatal dan letih, ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih, ramas-ramaskan dan masukkan ke dalam air suam. Seterusnya, tapis airnya. Rendamkan mata anda ke dalam air suam tersebut sambil kerdipkan berulang kali. Amalkannya selalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan