Assalamualaikum....
Sy dh lama x update kini sy kembali....
Rahsia Hati
Isnin, 31 Julai 2017
Ahad, 11 Disember 2016
Cream Cracker Kosong @ Plain
Cream Cracker Kosong @ Plain
*******************************
Bahan-bahannya:-
****************
* 1 cawan tepung gandum /all purpose
* 3 sb olive oil (takde olive oil mungkin leh guna minyak jagung)
* 2 sb butter unsalted @ 50 g (yg sejuk duk dlm peti ais,potong kiub tuk mudahkan kita gaul butter ngan tepung)
* 1/2 sk garam
* 1 sb gula
* 1 sk baking powder
* 1/4 cawan air sejuk (mungkin x abis coz kita guna sikit je)
- Sapa suka cheese leh masukkan 3 keping cheesedale terus gaul je bersama tak perlu cairkan ok..
Topping gula @ garam:-
*********************
2 sb butter melted (dicairkan)
Gula/garam
Alat:-
*****
Pizza cutter, papan pemotong, acuan dan garfu
Cara-caranya:-
**************
1) Sediakan mangkuk. Masukkan tepung, garam dan baking powder. Gaul sebati ngan tgn..
2) Kemudian masukkan, butter. Hancur2kan bersama tepung, diikuti pula olive oil serta air (masukkan air sikit2 ek)
Uli manja2 sampai tak lekat tgn. Ni buat biskut bukan buat keria antarabangsa atau roti nak uli beria..
3) Pastu dah siap, balutkan plastik wrapping, simpan dalam peti ais selama 1 jam. Dah cukup 1 jam, bolehlah dicanaikan nipis..
4) Kalau canai nipis, ia cepat sikit masak n rangup serta melts dlm mulut. Bila dah canai (leh rujuk gambar), potong segi empat guna pizza cutter atau mana2 acuan yg disukai..
5) Lapik la papan pencanai ngan plastik supaya x lekat. Guna garfu, cucuk kat doh yg dah dipotong tu...
6) Boleh bakar suhu 200 c, api atas bawah selama 5-8 minit. Ikut kesesuaian oven korang ek. Sentiasa tgk takut rentung
Bila dah masak, cepat2 sapu ngan butter yg dah dicairkan tadi atas biskut.
7) Sambil tu boleh tabur garam kalau nak lagi masin atau gula sapa yg nak manis. Sejukkan, pastu baru masuk dlm bekas
Makan benda ni serius sedap, rangup, lemak, manis n masin. Last2..dapat sikit je simpan dalam bekas..
~~~~selamat mencuba~~~~
Pemilik resepi : Rarra Sakura via MAHN
Jumaat, 9 Disember 2016
Cerpen : Takdir Buat Kami
Cerpen : Takdir Buat Kami
Oleh: Nor Aslisa Rosli
“ Sudahlah abang redhakan pemergiannya. Allah lebih sayangkan dia, pasti dia ditempatkan ditempat yang baik” ujar Zia kepada suaminya.
“ Sayang takut abang letih, janganlah abang menangis lagi, tak sanggup sayang tengok abang begini. Lagi pun, abang baru habis operation kan”, ujar Zia lagi. Rafiq hanya memandang sepi wajah kesayangannya tapi apakan daya, nyawanya bagaikan hilang separuh setelah apa yang berlaku terhadap dirinya.
Air mata meluncur laju tanpa mampu dihentikan. Setelah sedar dari operation, berita yang disampaikan Doktor Atikah, doktor merawatkan dirinya memilukan sehingga hidupnya tidak mampu terus hidup seperti biasa. Dia sangat yakin tanpa dia, Rafiq tak mampu untuk berdiri semula. Puas keluarganya, keluarga mertua dan keluarga sahabat baik memujuk dirinya untuk redha dengan pemergian dia. Sungguh itu takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya buat si dia.
“ Mama, Zia tak tahu nak buat apa lagi dengan abang Rafiq, puas Zia pujuk dia supaya makan dan berhenti nangis, tapi dia hanya berdiamkan diri dan asyik menyalahkan diri atas apa yang berlaku. Zia kecian tengok abang macam tu, abang Rafiq adalah nyawa Zia, dengan sikap dia begini, Zia tak yakin Zia boleh terus kuat untuk hadapi ini bersamanya.
Si ibu hanya mampu mengalir air mata mendengar luahan menantu, hatinya juga sakit dengan perubahan anaknya, sudah tiga hari Rafiq sedar tapi selama itu jugalah dia tidak makan, berbual. Wajahnya Rafiq kini tiada lagi senyuman yang menghiasi, terserlah duka yang melanda dalam diri anaknya. Dia juga sedih dengan pemergian separuh nyawa anaknya,tapi apakan daya, itu takdir yang yang tak mampu diubah.
“ Imah, janganlah engkau bersedih, aku tahu dirimu sedih, begitu juga dengan aku. Tapi nasib mu lebih baik berbanding aku, Imah. Aku kehilangan satu-satunya penghibur hati lara ini.”, ujar Zahlia kepada sahabat baiknya Zimah. Imah terus memeluk sahabatnya itu, kerana dia sedar penghibur hati Zahlia juga penghibur hatinya. Ahmad dan Ilham hanya mampu memandang wajah sedu isteri mereka. Mereka juga begitu, penghibur mereka telah pergi meninggalkan mereka dan baru ingin berbahagia dengan berita kesedaran Rafiq. Mereka telah dikejutkan dengan keadaan Rafiq sekarang yang macam mayat hidup. Mereka sedar dengan adanya puterinya, Ilsya. Rafiq pasti tidak sesedih ini. Mereka tahu Ilsya dan Rafiq tak mampu dipisahkan walupun mereka tidak menjadi suami isteri. Hati mana yang tak walang melihat putera dan puteri mereka bersedih dan meninggalkan mereka.
“Imah, Rafiq ada tak, aku ada benda nak bagi, aku terlupa nak cakap. Yalahkan, mana nak ingat kalau kita berlakon drama air mata, tak pasal famous aku dengan kau, kalah Fauziah Gaus tau”, bebel Zahlia disamping megurangkan gundah gandah hati sahabatnya.
“ Eh kau ni, aku memang dah famous dari dulu, kau je yang tahu. Well, sape tak kenal Zimah, pelakon terbaik dekat universiti ya. Bukannya macam kau, aku ajak dulu tak nak, kalau tak mesti kau dah famous satu universtikan. Uihh, ramailah pakwe nak mengurat engkau, hahaha” mengarut Zimah. Zimah ni kalau dah dapat tajuk loyer buruk, memang tak menanglah jawabnya. Ilham hanya menjeling kearah isterinya setelah mendengar kata isteri sahabatnya.
“ Eh, kau nikan tak sayang mulut, tu kau tak nampak siapa dah menjeling tu, mampus aku tau, macam kau tak tahu Ilham tu macam mana, sayang aku terlebihlah tu, sampai tak habis-habis nak jeling”.
Perbualan mereka terhenti apabila mendengar kaca pecah didalam bilik. Mereka terus berlari memasuki bilik rawatan Mawar 214. Melihat gelas yang berderai dilantai setelah dibaling oleh pesakit yang menginap disitu.
“Rafiq, kenapa buat macam ni, nak, susah hati ibu, Ilsya mesti lagi susah hati tengok Rafiq macam ni, Rafiq tak sayang Ilsya ke” bicara Zahlia bagi menenangkan Rafiq. Rafiq berhenti membaling barang ke dinding. Air mata terus mengalir. Dia tidak merasa malu dengan keadaan dirinya yang sekarang.
“Ni ambil surat ini dan baca, ibu rasa surat ini untuk Rafiq, dari Ilsya” Ujar Zahlia. Rafiq terus mengangkat mukanya dan menyambar surat yang dihulurkan oleh iu ibu angkatnya itu.
"Assalamualaikum,
Buat Sabahatkku, Rafiq.
Dengan surat yang berada ditangan kau, maka aku telah pergi Rafiq, pergi ke tempat sepatutnya aku berada. Aku harap kau dapat maafkan aku kerana aku tidak dapat menunaikan janji yang kita telah ikrarkan. Sungguh ini ketentuan Illahi, aku tak mampu nak halang semua ini berlaku. Aku tahu kau mesti sengasara sekarang. Itu sebabnya aku menulis surat ini sebagai persediaan aku untuk diri kau. Aku juga akan begitu kalau engkau tinggalkan aku, tapi hati aku juga terluka malah lebih dalam dari pada engkau Rafiq. Jujur hati aku hancur dengan perkahwinan engkau dengan Zia.
Disaat aku menitiskan air mata dengan perkhabaran kau, aku sedar bahawa aku cinta pada dirimu, Rafiq. Tapi aku tidak pernah beniat untuk memutuskan hubungan kau dengan Zia, kerana aku yakin dia lebih layak untuk engkau dari aku. Tapi janganlah engkau menyesal dan menyalahkan diri sendiri, tentang apa yang terjadi kepada aku kerana semua ini takdir untuk ku. Jalanilah hidup kau dengan gembira, jadilah kembali penghibur hati keluarga kita, janganlah engkau meragut senyuman mereka, sungguh senyuman mereka mampu mengembirakan aku walupun aku tidak lagi bersama mereka, tapi aku ingin mereka tersenyum macam selalu disaat kita bersama mereka.
Aku tahu kita merupakan puteri dan putera yang sangat mereka sayangi. Aku pernah terdengar ibu dan mak bercakap tentang ini. Jadi bangkitlah wahai kekasihku. Sungguh dengan ini, aku mampu tenang disana. Jadilah malaikat pelindung mereka dan tentang luahan hati aku, tidak perlu engkau fikirkan kerana aku telah lama membuang perasaan itu. Jadi my friend, please be yourself again dan kembalikan senyuman diwajahmu dan wajah mereka yang kita sayang. Jika engkau sayangkan aku, tolong!!! Bangkit kembali. Hanya itu yang aku minta. Pesan terakhir aku, tolong tengokkan ibu abah aku, adik-adik aku dan cakap pada mereka yang aku selalu menyayangi mereka.
Salam Sayang, Sahabatmu."
Ilsya.
Kertas ditangan dilipatkan kembali, Rafiq mendongak bagi melihat wajah mereka yang disayangi oleh dirinya dan sahabatnya. Bagaikan tersedar dari mimpi, Rafiq tersenyum dengan keluarga dan isteri kesayangan. Dia berjanji untuk kembali meneruskan hidup bagi menunaikan permintaan sahabat baiknya. Keluarga Rafiq bersyukur melihat senyuman yang terukir diwajah anak mereka setelah berduka. Rafiq meminta maaf kerana telah membuat mereka susah hati dengan sikapnya. Zimah dan Zahlia terus memeluk anak mereka, gembira dengan perubahan Rafiq. Yakinlah mereka, bahawa Ilsya telah membuatkan anak mereka kembali tersenyum. Ilsya selalu muncul disaat mereka memerlukan. Sungguh Zimah berterima kasih terhadap Ilsya kerana telah kembali senyuman Rafiq. Puteri Zahlia selalu menghiburkan hati wanita berusia seperti dirinya.
“Sayang, abang minta maaf ya, dua tiga hari ini, abang banyak menyusahkan sayang, abang tahu sayang letih dan sedih melihat keadaan abang, abang janji untuk redha dan mulakan hidup baru dengan sayang ya”, ujar Raifq sebaik sahaja ibu dan mak meleraikan pelukan dan terus memeluk isterinya.
“ Tak apa, abang, sayang maafkan, sayang faham keadaan abang dan sayang tak letih melayan abang, lagipun abangkan suami sayang dan lelaki yang sayang sayangi” ujar Zia sambi menangis dibahu Rafiq.
………………………………………………………………
“ Assalamualaikum, mak cik oh mak cik” ujar budak perempuan berusia empat tahun. Berulang-ulang kali memberi salam. Sekali tengok macam anak orang cina, comel dan putih kulitnya.
“Assalmualaikum, Tuan Rumah, Saya datang nak melawat ni,” ujar budak perempuan itu kembali.
“ Waalaikumsalam, ya, sabar ya nak, tuan rumah nak datanglah ni” laung Zimah yang berlari anak melihat untuk membuka pintu. Langkahnya dilajukan, yalah risau juga ada juga yang menculik budak comel tu nanti, berkenan dia melihat budak perempuan tu. Dahlah comel, tengok muka budak itu bagi mengembalikan ingatannya terhadap sahabat karibnya Zahlia. Muka mereka ada iras.
“ Ilsya, kan ibu dah cakap jangan merayau sorang-sorang dan jangan ramah mesra sangat dengan orang yang tak kenal, bahaya tahu tak”, laung Zalia setelah sedar anaknya hilang dari pandangannya, mengeluh dengan sikap anaknya yang ramah tu tidak padan dengan umur, mulut tu ada je nak cakap. Adalah benda yang dia nak buat kalau bosan. Haa, salah satu daripadanya adalah pergi mengacau dekat rumah jiran tertangga. Tak sampai sehari sampai rumah, anaknya dah buat perangai.
“ Ish, tak apalah, comel anaknya, siapa ya, namanya”, tanya Zimah setelah sampai didepan pagar, sambil tangan membuka pintu pagar yang berkunci itu.
“ Mak cik, Nama saya Nur Ilsya Binti Ahmad, nama mama saya Zahlia Binti Rashid dan papa saya nama Ahmad Bin Hamdan, saya datang nak melawat mak cik, saya baru je sampai pagi tadi tapi tadi saya tolong mama kemas rumah, sekarang ni saya bosan lepas habis kemas rumah tu yang saya datang rumah mak cik”, jawab Ilsya yang tak henti-henti setelah menyalami tangan Zimah, comel tengok budaknya dengan tangan peluk teddy bear sambil main rambut yang ikal. Bertambah sejuk mata memandang.
“Ish! Ilsya, berapa kali mama nak cakap jangan buat macam tu, maaflah dengan sikap anak saya ini, dia memang terlebih aktif, tak sempat saya nak halang, dia dah hilang, owh ya, nama puan apa, nama saya Zahlia, orang selalu pangil Lia je,” Ujar Zahlia menyalami Zimah.
“Saya Zimah, Muka awak nikan macam familiar, saya macam pernah nampak muka awak tapi dimana ya, pastu nama awak ni pun sama nama macam kawan saya”? kerut Zimah untuk mengingati nama Zahlia.
“ Imah the drama queen, wahai sahabat baik hamba, ni akulah lia, kita study dekat UiTM Shah Alam, takkan kau tak ingat kot, teman sebilik sebantal kau ni, sampainya hati kau ye lupa kawan, kau hilang kemana, puas aku cari engkau, mana kau pergi, haa..” lontar Zahlia berdas-das. Kalah burung murai kalau dengar Zahlia berbicara.
“ Wah! Laa. Kau ke Lia, patutlah muka macam familiar. Engkaukan kalau bercakap susah betul nak berhenti, tak hilang lagi perangai kau yang satu ni ya” ujar Zimah berbalas kata dengan sahabat baiknya dan terus memeluk sahabatnnya itu, Ilsya yang tanpa segan silu terus meluru ke dalam rumah Zimah, dia bosan melihat mamanya berpelukan dengan tuan rumah itu tadi.Mereka berkenalan pada minggu orientasi, dapat sebilik belajar pun satu kursus. Mereka memang rapat sejak itu kemana-mana mesti bersama walaupun kegiatan itu tidak melibat salah seorang daripadanya. Kalah kembar, akrab bukan main.
“ Ibu! Ibu! Ibu! Ada pencuri ni Ibu. Ada budak perempuan curi anak patung Rafiq. Ibu! Power Rangers Rafiq kene curi, ibu” jerit budak lelaki berumur empat tahun memanggil ibunya setelah melihat Power Ranger kesukaan dia dipegang oleh Ilsya. Berlari si ibu smendengar jeritan anaknya. Puan Zahlia menuntuni Puan Zimah kerana dia sedar siapa yang dipanggil pencuri oleh budak lelaki itu.
Ilsya hanya khusyuk bermain Power Rangers Milik Rafiq, anak patungnya telah diletakkan didepan Ilsya, seolah-olah Ilsya sedang berbual-bual dengan Power Rangers dan anak patung miliknya.
“ Ya Rafiq, ini bukan pencurilah Rafiq, ini anak kawan mama, dia datang jenguk kita, mereka baru pindah dekat rumah sebelah. Budak perempuan ni, nama dia Ilsya, tadi dia bosan, tu yang mama suruh masuk rumah dulu.” Ujar Zimah separuh kelentong.
“Rafiq, mari sini. Bawa panggil Ilsya sekali, mama Ilsya cari ni”, ujar Zimah lagi
“ Rafiq, kenalkan ini mama Ilsya, nama mama Ilsya Zahlia, Rafiq panggil Aunty Lia dan yang ni anak Aunty Lia, nama dia Ilsya. Mereka bersalaman, muka Rafiq menunjukan tidak puas hati melihat Ilsya kerana ibunya melayan Ilsya dengan baik.
“ Rafiq, mari sini dekat mama”, kata Zahlia menukar kata ganti diri menjadi mama setelah mendapat persetujuan daripada sahabat baiknya, Zimah dan Zimah juga boleh membahasakan ibu terhadap anaknya. Rafiq menuju kearah mama Lia dengan tersenyum senget apabila melihat mula Ilsya cemerut. Pada masa yang juga, Ilsya menuju kearah ibu angkatnya dengan wajah yang sama dengan Rafiq. Mereka bagaikan memusuhi antara satu sama lain. Zimah telah mengundang keluarga Zahlia makan malam dirumah mereka dan pada malam itu, malam penuh dengan gelak ketawa dan usik mengusik antara satu sama lain tapi disisi lain, masih ada yang berlumba siapa makan paling banyak.
………………………………
“Assalamualaikum, Ibu oh Ibu, Ibuuuuuuu oh Ibuuuuu” jerit Ilsya memanggil ibu angkatnya untuk membuka pintu rumah mereka.
“Waalaikumsalam, masuk la Ilsya oii, ibu tak kunci pintu. Ilsya. Islya , kamu nikan tak habis-habis jerit panggil ibu, dari ibu tak kenal kamu sampai umur kamu 18 tahun, kamu masih macam ni juga” bebel Zimah. Dia mengelengkan kepala melihat perangai puteri yang seorang ni, tak habis dengan sikapnya yang suka jerit panggil namanya. Padahal pintu sudah terbuka dari tadi. Sahaja je nak bagi Puan Zimah menyambut dirinya. Rafiq yang kebetulan menuruni tangga menjelir lidahnya bagi menyakat Ilsya yang sedang dimarahi oleh ibunya. Ilsya pula membalas dengan penumbuk dan ketika itu Rafiq telah jatuh tangga kerana salah pijak anak tangga. Tiba-tiba Ilsya merasakan sakit.
“Ibu! Ilsya rasa sakit ni ibu”, panik Puan Zimah apabila melihat anak lelakinya jatuh, pada masa yang sama Ilsya juga mengerang kesakitan. Betamabah-tambah panik melihat Ilsya juga pengsan kesakitan. Puan Zimah menelefon ambulans, suaminya dan sahabatnya, Zahlia.
Di hospital, Puan Zahlia dan Puan Zimah mundar mandir di hadapan suami masing-masing sampai serabut suami mereka. Didalam bilik icu, Rafiq dan Ilsya telah diperiksa dan mendapati Rafiq terseliuh kaki dan kepala yang sedikit berbalut. Nasib baik semasa jatuh tangga, Rafiq telah berada dianak tangga yang tiga kebawah dan menerima hentakan kecil berlaku yang menyebabkan Rafiq pengsan. Manakala pihak hospital tidak dapat menemui sebab kenapa Ilsya pengsan dan mengalami kesakitan. Mereka ditempatkan di katil sebelah menyebelah dan mereka dibenarkan pulang setelah sehari menetap di hospital bagi pemeriksaan lanjut.
Rafiq yang sedar dari pengsan terkebil-kebil memandang sekeliling bagi mengingati kejadian yang berlaku kepada dirinya. Dia melihat keluarganya dan keluarga angkatnya menunggu kesedaran dirinya akan tetapi Rafiq sedikit kecewa apabila wajah Ilsya tidak berjaya dijumpai, walaupun dia mengusik Ilsya dirumah, tetapi disekolah mereka adalah teman yang paling rapat sehingga ramai yang menganggap mereka taiko sekolah kerana mereka pandai dalam semua bidang tidak kira kokurikulum mahupun pelajaran. Mereka juga merupakan pengawas sekolah dan mempunyai jawatan tertinggi di sekolah tersebut. Walaupun mereka mereka berkawan rapat, mereka suka berlumba-lumba dalam semua bidang tetapi masih memerlukan antara satu sama lain.
“ Kenapa Fiq, ibu tengok Fiq sedih, cari Ilsya ke? Ilsya ada. Tu sebelah Rafiq. Pengsan masa Fiq jatuh tangga tadi.” Cerita Zimah apabila melihat riak Rafiq yang kecewa.
Ibu mana yang tak sedar melihat Putera riak wajah anak yang lahir dari rahimnya cuma hal yang membimbangkan hati kecilnya adalah Ilsya yang pengsan tiba-tiba, doktor mengesahkan tidak ada sebarang penyakit yang dihadapi oleh Ilsya tetapi bagaimana Ilsya boleh pengsan. Rafiq dan Ilsya selalu jatuh sakit serentak, banyak persamaan antara mereka. Kalau Ilsya jatuh sakit, Rafiq pasti terasa sakit juga dan jika Ilsya demam, Rafiq juga akan demam. Pelik tapi benar, itulah yang terjadi kepada putera dan puteri mereka. Hal ini disedari dari kecil, cuma sejak kebelakangan ini mereka jarang jatuh sakit, jadi mereka ingatkan perkara ini dah hilang setelah mereka besar tapi hari ini telah buktikan antara mereka mempunyai ikatan batin yang kuat sehingga mereka merasakan sakit masing-masing bak kata muatiara cubit peha kiri, peha kanan terasa. Lagipun kebesaran Allah S.W.T maka tiada yang mustahil.
Puan Zimah menolak tirai yang memisahkan Rafiq dan Ilsya, kelihatan Ilsya yang terbaring lesu dikatil dan disampingnya kelihatan Puan Zahlia, Suaminya Ahmad dan anak-anak mereka yang lain. Rafiq memandang kearah tirai yang ditolak oleh ibunya. Sedih melihat sahabat baiknya turut sakit dan sedikit terharu kerana mereka terus bersama.
“Sungguh kau nyawa aku, Ilsya. Aku akan mati kalau kau hilang dari hidup aku” detak hati Rafiq setelah melihat keadaan Ilsya.
…………………………………………………
“ Ilsya, aku nak kahwin”, jerit Rafiq kepada Ilsya. Ilsya yang kebetulan turun dari myvi kesayangan memandang kearah Rafiq. Ilsya mengucap tahniah dengan Rafiq dan meminta izin untuk masuk ke rumah dengan memberi alasan dia letih.
Didalam bilik, Ilsya terus menangis, hatinya sakit dengan berita yang disampaikan sahabat baiknya. Sungguh ini kali pertama dia menangis kerana seorang lelaki. Walaupun dia mempunyai ramai kawan lelaki tetapi hatinya telah dimiliki Rafiq dan dia sendiri sedar, dirinya sudah jatuh cinta kepada sahabat baiknya. Dia nekad untuk melupakan perasaan yang wujud dalam hatinya.
Sejak hari itu, Ilsya cuba mengelak dari bertemu dengan Rafiq. Ilsya juga jarang bertemu dengan keluarga angkatnya. Dia hanya akan berjumpa dengan keluarga angkatnya sewaktu ketiadaan Rafiq. Rafiq sedar dengan perubahan sahabat baiknya tetapi disebabkan kesibukan menguruskan perkahwinannya, dia tidak mempunyai masa untuk bertemu dan berbicara dengan sahabatnnya. Hatinya merasakan sakit tetapi dia tidak tahu kenapa. Bagaikan nyawa dia sedang kesakitan.
Perkahwinan Rafiq selamat diadakan dirumah milik keluarganya kerana Zia tidak mempunyai keluarga lain kerana Z ia merupakan anak yatim.. Ilsya hanya berada didapur bagi menguruskan perkahwinan itu. Hatinya masih merasa sakit dengan perkahwinan sahabatnya. Ilsya menyibukkan diri sendiri walaupun kerja sudah dibereskan. Lagipun perkahwinan Rafiq dan Zia menggunakan khidmat katering. Puan Zahlia dan Puan Zimah sedar bahawa puteri mereka sedang bersedih kerana kehilangan sahabat karibnya sedangkan mereka tidak tahu bahawa Ilsya sedih tentang perasaan yang wujud dalam hati dia.
Sebulan perkahwinan Rafiq dan Zia, mereka menghadapi masalah. Rafiq telah betemu Ilsya bagi menceritakan masalah dia. Sejak itu, hubungan mereka kembali pulih.
“ Rafiq, isteri kau tak marah ke kau keluar makan dengan aku ni,” ujar Ilsya kepada Rafiq. Riak wajahnya nampak gelisah melihat keadaan Rafiq yang selalu keluar makan bersama dia berbanding dengan Zia, isterinya.
“ Tak adalah, dia dah tahu aku keluar dengan kau, lagipun kita bukannya keluar berduakan. Kita keluar ramai-ramai, takkan dia nak marah pula” cerita Rafiq. Ilsya menarik nafas lega dengan jawapan Rafiq. Lagipun Ilsya dan Rafiq keluar dengan kawan-kawan lama mereka bukannya keluar berdua seperti pasangan sejoli.
“Fiq, kau tahukan. Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk kau termasuk serahkan nyawa aku untuk selamatkan kau dan aku sanggup mati kerana kau sahabat”, luah Ilsya
“ Aku tahu, kau pun tahu aku pun sanggup lakukan apa sahaja untuk kau tapi kau janganlah cakap macam tu. Aku takut kehilangan kau. Aku tak boleh hilang kau, kau nyawa aku Ilsya”, luah Rafiq
“ Eh, apa kau punya statement. Isteri kau dengan ibu tu patut jadi nyawa kau, bukannya aku, kau ni dah gila gamaknya. Seram aku,” tungkas Ilsya selepas mendengar kata Rafiq. Dia juga ingin menghilangkan suasana sedih antara mereka. Rafiq hanya tergelak melihat tingkah laku sahabatnya itu. Tak habis-habis lagi dengan alergik dia, pantang dengar ayat jiwang sikit. Habis badan macam ulat menari. Hahaha. Kelakar membayangkan.
Sampai dirumah, Rafiq melihat isterinya sedang berwajah masam.
“ Sayang, kenapa ni?’
“ Abang, kenapa balik lewat, tak habis- habis dengan kawan baik abang tu, Sayang ni tak istimewa untuk abang kew sampai abang asyik keluar dengan perempuan jalang tu”, marah Zia apabila melihat suaminya selalu bersama dengan sabahat baiknya itu. Walaupun dia tahu, mereka sebenarnya rapat. Dia sebenarnya cemburu bila suaminya lebih pentingkan sahabatnya berbanding dirinya, apalah keistimewaan Ilsya sehingga ramai yang tergila-gilakan dirinya. Nak cakap lemah lembut, aku tengok ganas macam lelaki je.
Pang. Tamparan yang dilepaskan Rafiq setelah mendengar isterinya mengutuk sahabat baiknya, padahal isterinya itu mengenali Ilsya sejak universiti lagi dan dia sepatutnya sudah boleh tahu bahawa Ilsya itu sahabat baiknya. Mereka tidak pernah terpisah sejak kecil lagi sehinggalah Rafiq berkahwin dengan Zia. Turun naik nafas Rafiq menahan marah.
“Zia ni kenapa, abang bukannnya keluar seorang, abang keluar ramai-ramai, Zia pun tahukan Ilsya tu kawan abang dan dia tak lebih apa-apa pun berbanding Zia. Dan Zia tak sepatutnya memanggil Ilsya dengan panggilan macam tu. Abang nak keluar sekejab nanti abang balik, Zia fikir elok-elok, jangan nak cemburu yang tak patut bukannya abang tak beritahu Zia yang abang keluar dan abang minta maaf tampar Zia, abang tak sengaja.” ujar Rafiq sambil menuju ke luar rumah. Dia ingin mengurangkan marah terhadap isterinya.
Rafiq meluncur laju membawa keretanya. Dia membawa kereta dalam keadaan sedih dan marah dengan tindakannya. Ilsya yang kebetulan baru keluar dari kereta melihat Rafiq membawa kereta dalam keadaan yang mara. Ilsya mengambil keputusan untuk mengekori Rafiq.
Rafiq terus membawa laju keretanya, dalam keadaan yang masih marah Rafiq telah melanggar semua lampu isyarat tanpa memikirkan keselamatan dirinya. Ilsya juga melanggar lampu isyarat keran risau dengan sahabatnya itu, bila berada disimpang empat. Ilsya tersedar melihat lori sedang bergerak laju untuk membelok, Ilsya terus membawa laju keretanya untuk menghalang Rafiq.
Ilsya terus melanggar kereta Rafiq supaya kedepan dan dumm, kereta yang dipandu Ilsya berpusing-pusing diatas jalan raya. Rafiq yang separuh sedar, melihat kereta sahabatnya berpusing-pusing dan Rafiq terus pengsan.
…………………….
Di hospital,
Rafiq dan Ilsya dibawa ke ICU. Keadaan mereka sangat parah tetapi Ilsya lebih parah akibat keretanya berpusing-pusing. Ilsya tahu bahawa ajalnya sudah tiba. Dia ingin bercakap dengan keluarganya serta keluarga angkatnya.
“ Mama, papa, maafkan Ilsya jika selama ini Ilsya banyak menyakitkan hati mama dan papa. Mama, nanti mama bagikan Fiq surat yang Ilsya tuliskan untuk dia dan mama, Ilsya ada permintaan, izinkan Ilsya mendermakan jantung Ilsya buat Rafiq. ilsya tahu dia sangat-sangat memerlukannya. Sampaikan salam maaf juga buat along dan adik-adik, katakan kepda mereka yang Ilsya sangat menyanyangi mereka. Ilsya juga sayang pada ibu dan abah. Dan paling Ilsya sayang adalah mama dan papa. Mama dan papa jangan sedih tau. Ilsya akan sedih jika mama dan papa sedih dan ibu abah, maafkan Ilsya ya, beritahu Rafiq, Ilsya sayang dia”, ujar Ilsya tersekat-sekat sebelum menghembuskan nafas terakhir.Semua menangis dengan pemergian Ilsya.
“Mama dengan papa janji sayang kami tidak akan bersedih dan mama akan tunaikan permintaan terakhir Ilsya”, ujar Puan Zahlia memeluk suaminya. Hatinya sedih kehilangan malaikat mereka. Ilsya tidak pernah membebankan dia dan suami, Ilsya lebih banyak menyimpan semuanya sendiri berbanding dengan keluarganya. Ilsya hanya kelihatan gembira disamping keluarga. Tidak pernah melihat dirinya menangis ketika bersama mereka.
Ilsya selamat dikebumikan dan Rafiq selamat daripada pembedahan jantung. Jantung Rafiq telah rosak ketika kemalangan tersebut. Rafiq koma dan telah sedar selepas seminggu kematian Ilsya.
“ Mama, Ilsya. Mana ma, Fiq tak nampak pun dia. Dia tak nak jumpa Rafiq ke ma?” tanya Rafiq sebaik sahaja sedar dari koma. Isterinya tidak dipandang kerana masih terkesan tentang kejadian malam itu.
“ Ma, ibu. Ilsya mana?”, kenapa tak jumpa Fiq. Ma, Ilsya tak terukkan masa kemalangan hari tu, Ilsya selamatkan ma. Nyawa Rafiq selamatkan ma.”, ujar Rafiq berkali-kali apabila keluarganya serta keluarga angkatnya tidak menjawab soalannya malah mereka kelihatan sedih sekali.
“ Sabar Nak, Ilsya tak dapat diselamatkan. Ilsya telah pergi pada hari kemalangan itu. Doktor tidak dapat selamatkannya. Rafiq, sabarlah ya.,” Ujar Ilham sambil menepuk bahu anaknya. Dia dan Ahmad turut merasa kehilangan Ilsya, lebih-lebih lagi Ahmad kerana Ilsya cukup rapat dengannya. Walupun Ahmad berdiam diri, tapi dia tahu kawannya itu turut bersedih dengan pemergian puterinya.
“Semua ini salah kau, Zia. Engkau yang menyebabkan Ilsya pergi tinggalkan aku. Kau penyebabnya. Aku benci kau, jangan kau muncul lagi dari hidup aku. Pergi. Aku tak nak tengok muka kau, “ racau Rafiq. Doktor telah memberikan Rafiq ubat penenang bagi membolehkan Rafiq tenang.
“ Macam mana keadaan Encik Rafiq setelah pembedahan jantung, ada rasa sakit-sakit tak”, ujar Doktor yang merawat Rafiq.
“ Saya okey doktor, tak ada rasa apa-apa pun. Tapi boleh saya tahu siapa yang mendermakan jantungnya kepada saya”, tanya Rafiq.
Sejak itu Rafiq terus bersedih dan sangat-sangat terkesan dengan tindakan sahabat baiknya, Ilsya yang sanggup mengorbankan nyawa untuk selamatkan dirinya dan mendermakan jantung bagi menyelamatkan dirinya juga.
……………………………………………………….
“ Rafiq, jom balik” ujar Puan Zimah sambil menepuk anaknya supaya sedar dari tidur. Rafiq kelihatan seperti anak kecil ketika tidur.
“ Rafiq, bangunlah, Fiq dah boleh balik,” Ujar Puan Zahlia pula.
Mereka panik apabila Rafiq tidak bergerak walaupun sudah dikejutkan berkali-kali.Puan, kami minta maaf, kami tidak dapat selamatkan Encik Rafiq, dia telah meninggalkan kita sejak 10 minit yang lalu. Kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Takziah ya puan” ulas Doktor yang merawat Rafiq. Rafiq telah pergi meninggalkan mereka setelah berlaku kompirasi jantung walaupun pada mulanya menunjukkan keadaan baik.
"Assalamualaikum,
ibu, abah, mama, papa dan Zia,
Maafkan Fiq jika Fiq melakukan kesalahan kepada ibu, abah, mama dan papa. Abang juga minta maaf Zia. Rafiq cuba melupakan Ilsya tapi Ilsya merupakan nyawa Rafiq, ibu, abah. Rafiq tidak dapat menahan sakit ketika separuh dari nyawa Rafiq hilang. Rafiq merasakan nyawa Rafiq tak panjang setelah mengetahui keadaan Ilsya. Ibu, mesti ibu ingatkan sewaktu Rafiq jatuh tangga, Ilsya juga merasakan sakitnya ibu. Ilsya juga tidak dapat bergerak ketika Rafiq juga begitu. Kami bagaikan berkongsi nyawa ibu. Kami sering terluka sama-sama ibu, jika salah seorang daripada kami terluka.
Rafiq ingatkan bila Rafiq sudah mengahwini Zia, rasa itu akan hilang, tapi ibu rasa itu masih ada, kerana hati Rafiq selalu sakit ketika tidak melihat wajah Ilsya dan Rafiq tahu Ilsya tengah sakit saat itu. Sejak hubungan kami kembali pulih, sakit hati Rafiq makin hilang. Sejak itu, Rafiq sedar bahawa kami masih begitu ibu, mama. Jadi walaupun Rafiq dapat menerima hakikat yang Ilsya telah pergi meninggalkan Rafiq, tapi hati Rafiq bagaikan dilapah. Zia, abang minta maaf kalau membuatkan Zia kecewa dengan surat abang ini, tapi yakinlah bahawa Zia adalah cinta abang tetapi Ilsya adalah nyawa abang. Abang tak mampu menghilangkan rasa sakit ini kehilangan dia sehingga abang rasakan dia merupakan Ratu abang didunia yang sepatutnya. Maafkan abang Zia, sebab tidak dapat menjaga Zia dan juga hati Zia. Maafkan Fiq, ibu, abah dan mama papa."
Salam sayang,
Rafiq.
TAMAT
Ahad, 4 Disember 2016
Gentle Birth
Syukur alhamdulillah jumaat lepas (18/11/16) dia selamat melahirkan seorang mujahidah solehah. Alhamdulillah tiga2 girl. Lepas nie photoshoot dengan 3 model cilik Hijabiz Fashion! 😍
Apa itu gentle birth?
Gentle birth adalah "teknik bersalin dengan mudah, tenang & selamat serta mengurangkan rasa sakit sebelum, semasa & selepas bersalin"
Amazing kan?? Memang amazing sangat kalau kita tahu cara & teknik utk memanipulasi minda separa sedar terhadap sakit yang dirasai kepada perkara yang indah2 sekaligus mengurangkan/menghilangkan rasa sakit tadi 😍
Pengalaman ummi utk 1st baby xdpt praktikkan sebab tak belajar lagi masa tu. Alhamdulillah anak ke 2 & 3 ummi berjaya! Di sini ummi nak share 7 tips yang ummi buat dan alhamdulillah ia sangat membantu..
[ 7 TIPS DAPATKAN GENTLE BIRTH ]
1️⃣ TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL
Contraction adalah saat yang sakit buat ibu2 yang hampir melahirkan. Ada yang cakap sakit nak patah pinggang, sakit berkali ganda dari senggugut, sakit mcm nak putus urat. Semua tu hanya gambaran & istilah sahaja. Percaya tak, sakit yang digambarkan tu sebenarnya boleh hilang/kurang dengan teknik pernafasan yang betul.
Mcm mana??
Saat contraction dtg, siap sedia tarik nafas sedalam yang boleh kemudian lepaskan perlahan melalui mulut tanpa mengeluarkan suara. Ulang 3-5 kali, insyaAllah sakit tadi akan berkurang. Teknik pernafasan nie bukan je buat sakit tersebut berkurang tapi ia juga buat kita lebih tenang.
**teknik pernafasan yang lain boleh baca buku "Hypnobirthing, the mongan method"
2️⃣ AKTIFKAN MINDA SEPARA SEDAR
Minda separa sedar tidak berfungsi secara logik tapi ia lebih kepada imaginasi, rasa hati & emosi.
Contoh:
Minda sedar: aku nak bersalin normal
Minda separa sedar: boleh ke normal? Anak 1st nie, mcm susah je...(ini yg perlu kita tukar)
Minda separa sedar nie 90% dalam diri. Dengan menguasainya, kita mampu mencapai apa saja yang dihajati. Inilah kekuatan luar biasa yang tak terjangkau oleh akal fikiran manusia.
Mcm mana nak aktifkan minda separa sedar?
Kita boleh aktifkan saat dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang adalah saat kita nak tidur. Bercakap dengan diri sendiri apa yang kita nak esok & berdoa minta pada Allah. Ulang & terus ulang.
Mcm ummi, masa preggy anak ke 2 & 3, setiap masa dan setiap hari sentiasa cakap dalam hati:
-baby bersalin 38 minggu
-mudah bersalin
-bersalin normal
-lepas bersalin tak sakit2
-dalam labour room setengah jam je
-kembali berat asal
Alhamdulillah..semua yang di atas berjaya! Cuma yang berat je tak tahu lagi. Anak ke 2 berjaya, yang ke 3 nie tak tahu lagi. Ummi hanya aktifkan minda separa sedar semasa di awal kehamilan hingga saat nak bersalin. Alhamdulillah berhasil!
3️⃣ POSITIF
Amalan positif nie memang sentiasa perlu dipraktikkan. Sebab bila kita positif, kita akan tarik benda2 positif di sekeliling kita. Sebab tu pantang buat ibu2 hamil bersedih!
Saat nak bersalin, penting utk kita set dlm minda KATA2 POSITIF seperti
-ummi kuat!
-baby mesti keluar dgn selamat!
-ummi boleh!
-Allah bantu!
Bagi semangat pada diri sendiri! InsyaAllah ia sangat membantu memudahkan proses kelahiran!
4️⃣ LAMA DALAM SUJUD
Ini adalah salah satu teknik mempercepatkan bukaan rahim & sujud juga mampu menghilangkan rasa sakit contraction. Untuk ibu2 yang tahu kandungan sonsang, cara ini mampu betulkan kedudukan baby.
5️⃣ TUKAR SAKIT KEPADA NIKMAT
Saat contraction datang, cuba imagine perkara2 yang indah. Ummi masa dlm labour room, saat contraction makin tinggi, terus convert sakit tadi dengan imagine baby dah selamat, baby sihat, comel, suami azankan baby. Ummi terus create cerita yang best2 & what u guess?? Sakit tu hilang! Alhamdulillah
6️⃣ ZIKIR & DOA YUNUS
1 perkara dapat buat kita lebih tenang iaitu berzikir. Saat sakit datang, berzikir. Ingat akan kebesaran Allah. Semua tu dapat kurangkan rasa sakit.
Lepas tu baca doa yunus:
"Lailahaila anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin"
InsyaAllah sakit tadi akan hilang..
7️⃣ MAKAN KURMA & AIR ZAM2
Kurma & air zam2 sangat berkhasiat dan mampu memberi tenaga segera pada badan. Lagi2 masa masuk labour room, kalau sempat jangan tinggalkan 2 benda nie. InsyaAllah ia juga dapat membantu memudahkan proses kelahiran serta memberi tenaga yang luar biasa!
**Semoga perkongsian yang kecil nie memberi manfaat pada ibu2 di luar sana. InsyaAllah. Akhir sekali, buat ibu2 yang bakal melahirkan anak pertama, jangan takut. Melahirkan baby adalah perjalanan yang sangat menakjubkan! Rasai kehebatan & kekuasaan yang Allah beri buat anda insan2 terpilih! Go go fighting!
Jumaat, 18 November 2016
HATI YANG HILANG
Disini aku terus menanti,menantimu entah bila mengunjung tiba.. Aku makin penat,penat menanti jawap darimu.. Kini aku akan teruskan langkah walau tanpa dirimu,melangkah mencari hati yang hilang,mencari cinta yang pergi,mencari jiwa yang rajuk.. Kenang bersamamu akan kusemadikan jauh ke lubuk yg paling dalam di dasar hati ini juga tidak mungkin aku mengorek kembali untuk ditunjukkan kepadamu agar aku dapat menangih kasih dan cinta darimu.. Kerna ku tahu hati ini tidak lagi tertulis namamu...
Isnin, 14 November 2016
Belaian Cinta Darimu...
Sungguh cinta ini menduga rasa,diriku bagaikan hilang arah.. mencari maksud yang tiada maknanya. Kini aku kembali mencari,mencari rasa yang telah hilang.. Haruskah aku meneruskan langkah ini? Masihkah dirimu menantiku? Atau hanya aku yang menangih simpati darimu,atau akukah yang digelar ''Si pungguk rindukan bulan''..
Jumaat, 4 November 2016
KHASIAT AIR KELAPA...
INILAH YANG AKAN TERJADI JIKA ANDA MINUM AIR KELAPA SELAMA 7 HARI
TOLONG SHARE YA...
Banyak orang mendakwa bahawa air kelapa memiliki kesan magik pada kesihatan kita. Anda mungkin pernah mendengar perihal minyak kelapa serta sebagian faedahnya.
Tetapi sempatkah anda minum air kelapa selama 7 hari berturut-turut?
Air kelapa akan sangat baik untuk kesihatan badan bila diminum secara teratur, dan anda akan dapat merasakan khasiatnya.
Ajaibnya, air kelapa serta plasma darah dalam aliran darah manusia mempunyai susunan yang serupa. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan air kelapa sebagai pengganti darah semasa zaman perang dahulu, serta dengan cara ini banyak nyawa manusia dapat diselamatkan.
Hari ini air kelapa digunakan di seluruh dunia, serta boleh dijumpai di pasar di sekitar Anda.
Mungkin saja rasa airnya tidak lagi segar, namun daya detoksifikasi serta faedah kesihatan yang lain dari air kelapa sangatlah tidak diragukan lagi.
Apa yang terjadi saat Anda minum air kelapa dalam 7 Hari?
Diambil dari website www.healthyfoodteam.com, air kelapa boleh menguatkan system kekebalan tubuh Anda serta menyingkirkan bakteria yang mengakibatkan jangkitan saluran kencing, gonorea, penyakit gusi serta virus yang mengakibatkan selsema, infeksi penyakit serta tifus.
Air kelapa boleh meningkatkan daya serta pengeluaran kelenjar hormon tiroid. Air kelapa juga bertindak sebagai diuretik semulajadi serta sangat membantu untuk orang yang mempunyai penyakit ginjal. Ini bakal menolong bersihkan saluran kencing serta saluran pundi kencing.
Bermanfaat menyingkirkan toksin serta menolong memecah batu ginjal.
Air kelapa memiliki kandungan jumlah serat yang tinggi, hingga sangat baik untuk pencernaan.
Meminum air kelapa dengan teratur bakal menolong mengawal asid dalam perut.
Karena air kelapa rendah lemak, Anda boleh meminumnya dalam jumlah banyak.
Air kelapa bakal mengurangi nafsu makan Anda karena sesudah meminumnya anda bakal terasa kenyang, jadi secara tidak langsung menolong menurunkan berat badan.
Cuba basahkan kapas atau kain dengan air kelapa serta letakkan pada kulit yang mempunyai jerawat, kulit berminyak atau kering.
Air kelapa bakal membuat kulit lebih bersih serta segar, serta pori-pori akan terbuka.
Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan serta menyingkirkan parasit usus.
Para pakar mendakwa bahawa air kelapa juga membantu menangani sebagian permasalahan kesihatan sepanjang kehamilan.
Dengan cuma satu cawan air kelapa Anda bakal menyeimbangkan elektrolit, hingga anda akan terlepas dari hipertensi atau di kenal juga sebagai tekanan darah tinggi.
Saat orang terlampau banyak minum (mabuk) sepanjang malam, mereka kerap alami sakit kepala pada pagi hari.
Minumlah air kelapa untuk menyingkirkan sakit kepala serta mengganti cairan yang hilang dalam tubuh dan menangani penyakit yang disebabkan dari mabuk.
Bila Anda mahu kulit Anda cerah serta terlindungi selama seharian, minumlah satu gelas air kelapa.
Bila Anda kehilangan terlampau banyak tenaga dengan kegiatan fizikal yang meletihkan, Anda bolek memulihkan tenaga Anda dengan air kelapa.
Air kelapa bakal memberikannya impak positif pada setiap bahagian badan Anda yang letih.
Air kelapa merupakan anti oksidan, sehingga dapat membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan tenaga, perlindungan dari bakteria serta infeksi, penurunan berat tubuh serta banyak faedah yang lain.
TOLONG SHARE ARTIKEL BERMANFAAT INI AGAR LEBIH BANYAK YANG TAHU TENTANG INI.